Tuesday, June 10, 2014

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate

Assalamualaikum. ..
Inilah Basic H yang popular tu...Basic H ni mempunyai kepekatan yang tinggi iaitu hanya 16 auns boleh membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila dicampur air.
●Ia juga pembersih serbaguna dan berkuasa untuk menghilangkan kotoran, gris, kotoran dari permukaan mana-mana yang boleh dibasuh.
●Tidak perlu dibilas, tiada sisa, formula bebas coretan.
● Tiada toksik, asli, dua kali gamda tertumpu dan surfaktan boidegradasi.

😼 Tahukan anda?
🐢📚Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksik yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem penafasan?
💦 Bahan pelarut sintetik boleh menganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksik dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksik yang boleh merosakkan ginjal dan hati. Manakala Ammonia yang terkandung  dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sisten pernafasan.
😄 Pekatan Basic H tidak mengandungi bahan-bahan diatas...

🏆Kelebihan Basic H
1. Selamat
Tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi, lembut pada tangan, pH seimbang dan tanpa klorin.
2. Berkesan
Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak,  pekat; 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.
3. Mesra Alam
Ramuan semulajadi yang di ekstrak dari jagung dan kelapa,  selamat untuk sistem septik dan pembentungan. Ok...malam nanti saya akan senaraikan apa 1001 kegunaan Basic H ni...saya suka Basic H.

No comments:

Post a Comment